Siasat rasuah dalam Langkah Dubai
Iklan
Shamsul Iskandar (tengah) menunjukkan salinan laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap gerakan Langkah Dubai yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya pada Isnin. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa membuka segera kertas siasatan berhubung dakwaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) terlibat dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.