Pasangan kekasih ditahan selepas tiga jam samun penyelia kedai

Iklan
Antara rampasan yang ditemui susulan penahanan kedua-dua suspek terbabit. - Foto: PDRM, Pisau antara barang rampasan daripada suspek. - Foto: PDRM

LIPIS - Tindakan licik sepasang kekasih yang berpura-pura bertanyakan arah sebelum bertindak menyamun seorang penyelia kedai akhirnya diberkas polis selepas tiga jam melakukan jenayah terbabit di hadapan rumah mangsa di Taman Perumahan Bandar Baru dekat sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Laltu Miah, 40, seorang warga Bangladesh diserang menggunakan pisau ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada bahagian tapak tangan kiri oleh majikannya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek iaitu lelaki berusia 21 dan remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan pada jam 2.30 pagi Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan awal, suspek pertama mengaku terlibat bersama seorang lagi rakan sejenayah yang merupakan kekasihnya.

Iklan

"Suspek mengaku memegang sebilah pisau dan telah menyebabkan cedera kepada tapak tangan kiri mangsa serta merampas beg sandang yang dipegang mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azli berkata, kedua-dua suspek menyatakan telah merancang untuk menyamun mangsa selepas mengetahui mangsa membawa duit gaji yang banyak pada setiap 8 hari bulan.

Iklan

"Suspek kedua merupakan bekas pekerja dan pernah bekerja dengan mangsa sebelum ini. Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM6,750," ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek dikenakan reman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 15 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).

Jelas Azli, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan.