Bincang isu rasuah, dana RM1 bilion jatuhkan kerajaan esok - Fahmi

Iklan
Fahmi ketika sidang akhbar Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) di Putrajaya pada Selasa. - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan memandang serius dakwaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) menyediakan sejumlah dana yang besar untuk merasuah ahli Parlimen kerajaan bagi menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu untuk perbincangan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Saya perlukan maklumat tambahan dan esok dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, saya akan beri sedikit ulasan,” katanya ketika sidang akhbar Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (panggilan suara) di sini pada Selasa.

Sebelum ini Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dilapor meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Beliau berkata, laporan yang disiarkan sebuah portal mendakwa pemimpin PN yang juga seorang ahli Parlimen telah menyediakan dana RM1 bilion untuk merasuah ahli Parlimen kerajaan agar menarik sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai 'Langkah Dubai' yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Iklan