Bawa anak mengembara elak ketagih telefon pintar

Iklan
Jamie membawa anaknya Khobe mengembara di bagi mengelakkan anaknya terus bersama telefon pintar. - Agensi

ULAN BATOR - Seorang bapa daripada Calgary, Kanada membawa anak lelakinya mengembara ke Ulan Bator, Mongolia semata-mata mahu mengelakkan anaknya terus ketagih bermain telefon pintar.

Bagi Jamie Clarke, idea tersebut muncul ketika beliau bersama keluarga ke sebuah pusat peranginan meluncur ski terpencil di daerah itu yang tidak mempunyai jaringan komunikasi dan internet bagi meraikan ulang tahun ke-50nya.

Iklan
Iklan

Katanya, ini kerana beliau merasakan wujud jurang komunikasi dengan anaknya, Kohbe,18, yang sentiasa 'melekat' dengan telefon pintar semasa berada di rumah.

"Saya akui kesilapan saya kerana memberikan telefon kepada anak sejak kecil dan lebih banyak berkomunikasi dengan dia hanya melalui peranti itu.

Iklan

"Jika kita lihat ketagihan kepada gajet ini bukan berlaku kepada individu semata-mata tetapi kepada keluarga dan ia berterusan. Saya mula merasakan ia telah mengawal kami dan tidak sebaliknya," katanya.

Dalam pada itu, Khobe mengakui dia begitu marah kerana terpaksa pergi ke kawasan berkenaan kerana tidak mengetahui perkembangan luar disebabkan gagal mengakses aplikasi seperti Snapchat atau Instagram.

Iklan

"Namun begitu idea (bapanya) menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia sesuatu yang baharu dan sangat menarik untuk dilakukan," katanya. - Agensi.