MCA, DAP perlu selesaikan selisih faham mereka - Ahmad Zahid

Iklan
AHMAD ZAHID

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu MCA dan DAP mengharmonikan perbezaan pendapat antara dua parti itu.

Beliau berkata, perbezaan pendapat antara dua parti itu dilihat sebagai proses biasa dalam sistem berpolitik.

Iklan
Iklan

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara yang sama pernah berlaku ketika dua parti mewakili kaum Cina berada dalam BN, antara MCA dan Gerakan.

"MCA dan DAP perlu selesaikan sendiri (perbezaan pendangan)," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pertemuan dengan Pengurusan Kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Felda, di Menara Felda di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perbalahan pemimpin kedua-dua parti itu di media massa dan media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini MCA dilihat lantang mengkritik beberapa dasar kerajaan yang menyebabkan DAP mengeluarkan kenyataan 'keras' terhadap MCA.

Iklan

Malah, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, dilaporkan mendakwa MCA sebagai 'sesat' dan mengesyorkan MCA keluar BN, serta memperbaharui hubungan dengan Parti PribumI Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, berkenaan dakwaan PN sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menjatuhkan kerajaan, Ahmad Zahid menegaskan bahawa SD itu tidak sah.

Jelasnya, tentang ahli Parlimen UMNO-BN yang didakwa telah menandatangani SD itu, perkara berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana SD itu sebenarnya wujud.