Cuaca panas dan jenayah rasuah
Iklan
Di Malaysia pun, kita berada di tempat 61 dari kira-kira 180 negara di dunia yang dikatakan rendah rasuahnya dalam Indeks Persepsi Rasuah. Gambar hiasan
PADA September tahun lepas, Siwakorn Saibua seorang pegawai polis di Thailand telah ditembak beberapa das dan mati kemudiannya. Sebenarnya, kisah orang dibunuh ini hal yang biasa sahaja di mana-mana pun.
Bagaimanapun, kematian Siwakorn agak luar biasa kerana beliau ditembak dalam satu majlis keramaian polis. Terdapat lebih 20 pegawai polis lain di situ, yang tentulah menyukarkan penjenayah memecah masuk.