Glasier di New Zealand bertukar warna coklat

Iklan
Glasier di New Zealand bertukar menjadi warna coklat akibat asap kebakaran dari Australia.

SYDNEY - Asap tercetus daripada kebakaran hutan di Australia memberi kesan kepada negara jiran apabila glasier di New Zealand bertukar menjadi warna coklat.

Asap tebal mula muncul di negara itu kelmarin apabila banyak kawasan matahari terbit menyerlahkan bentuk bola kemerah-merahan atau emas.

Iklan
Iklan

"Asap bergerak kira-kira 2,000 kilometer (km) merentasi Laut Tasman dapat dilihat dengan jelas. Ia juga menyebabkan jarak penglihatan kurang 10km di kawasan yang paling teruk terjejas," menurut penyelidik rasmi New Zealand, MetService.

Seorang pengguna Twitter, Miss Roho dalam ciapannya memberitahu, bau terbakar juga boleh dihidu sehingga ke Christchurch. - AFP

Iklan
Iklan