PADU jadi 'senjata' ampuh kerajaan
Iklan
PADU dibuka kepada orang ramai mulai 2 Januari sehingga 31 Mac ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
SHAH ALAM - Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada 2 Januari lalu dilihat sebagai langkah permulaan mewujudkan struktur sosioekonomi masyarakat Malaysia dengan lebih baik, adil serta saksama.
Sistem itu mampu menjamin penyelarasan subsidi dan bantuan agar lebih adil dengan mengenal pasti secara mendalam perbelanjaan isi rumah setiap bulan, tanggungan, kos sara hidup mengikut lokasi serta tidak lagi berdasarkan pendapatan kasar, B40, M40, dan T20.