Peniaga perlu manfaat bantuan kerajaan
Iklan
Tuminah (dua dari kiri) pada majlis Penyerahan Dataran Perniagaan dan Rekreasi Mukim Pekan Tanjung Kling Seksyen III DUN Pantai Kundor di Melaka baru-baru ini.
KERAJAAN telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bajet yang banyak bagi membantu, sekali gus memberikan sokongan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pada tahun 2024.
Bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan mereka yang tidak mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sehingga menyukarkan diri masing-masing untuk menikmati pelbagai pinjaman serta pembiayaan yang disediakan kerajaan.