Kurang faham kepentingan PADU
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Isnin berhubung laporan Pangkalan Data Utama (PADU). Gambar kecil dari kiri: Mohd Jaafar, Syukri
KOTA TINGGI - Kurang memahami fungsi Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibangunkan oleh kerajaan menyebabkan ramai penduduk khususnya di luar bandar masih belum mendaftar sistem berkenaan.
Nelayan, Mohd Jaafar Abdul Hamid, 65, berkata, kekurangan maklumat tentang PADU yang dihebahkan secara umum dan mudah diterima seperti televisyen menyebabkan dia masih belum jelas mengenai kepentingannya.