Umur dua tahun sertai Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif

Iklan
Farah (kiri) bergambar bersama pemenang Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari pada Ahad.

SHAH ALAM - Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari mencatatkan 49 penyertaan daripada peserta termasuk daripada kanak-kanak yang berusia dua tahun.

Iklan
Iklan

Editor Eksekutif Sinar Bestari, Nurbaya Abdul Rezak berkata, penyertaan tersebut dilihat memberangsangkan susulan peserta-peserta yang hadir tampil kreatif dengan pelbagai jenis pemakaian sempena pertandingan itu.

Menurutnya, antara peserta berusia dua tahun itu adalah Mohammad Adam Mateen Mohammad Shafik Amri, Ummu Waraqah Nor Mohamad Zulhairi dan Nur Tiara Sofea Muhammad Naqiudin.

Iklan
Nurbaya

"Paling muda penyertaannya adalah berumur dua tahun manakala peserta paling tua pula adalah berumur 11 tahun.

"Malah ibu bapa pun memberi sokongan penuh dan memang kita tidak jangka mereka begitu terbuka dan bersemangat untuk beri anak-anak mereka sertai pertandingan ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Karangkraf pada Ahad.

Iklan
Johan Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari

Dalam pada itu, Nurbaya berkata, pemenang pertama bagi pertandingan tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 serta sijil penyertaan.

"Naib Johan pula akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM150 manakala tempat ketiga akan memenangi RM100. Kedua-duanya turut menerima sijil penyertaan,” ujarnya.

Peserta-peserta Pertandingan Pakaian Seram Paling Kreatif Sinar Bestari bergambar bersama di Studio F, Kompleks Karangkraf pada Ahad

Johan menjadi milik Allysha Raihana Allashari, lima tahun, diikuti Nur Aira Safiya Mohd Azmir, enam tahun selaku naib johan dan Nur Inara Safiyyah Muhammad Naqiudin, tujuh tahun di tempat ketiga.

Hadiah kemenangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.