Masalah struktural ekonomi
Iklan
Berhentilah berpura-pura terkejut dengan masalah kekurangan tenaga buruh dan kebanjiran buruh asing. Gambar hiasan
BERITA mengenai 420,000 hektar ladang getah milik pekebun kecil terbiar menyerlahkan lagi isu struktural yang sedang dihadapi ekonomi Malaysia di pelbagai peringkat.
Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada 4 Januari lalu, bagi menghidupkan semula ladang terbiar itu, kira-kira 80,000 pekerja diperlukan.