KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada Sabtu mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, ahli Parlimen terbabit dijangka mengisytiharkan sokongan berkenaan pada sidang Parlimen akan datang.