Gempa bumi: Jepun hanya mahu terima bantuan AS

Iklan
Anggota bomba memeriksa rumah kayu yang runtuh di bandar Wajima selepas gempa bumi kuat melanda Jepun pada Isnin. - Foto AFP

WAJIMA - Jepun merancang hanya menerima pasukan daripada Amerika Syarikat (AS) dan menolak bantuan negara lain buat masa ini ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiatkan.

Akhbar Nikkei melaporkan, Tokyo dan Washington kini sedang berbincang tentang usaha penyelarasan bersama di kawasan terjejas.

Iklan
Iklan

Bandar pelabuhan Wajima dan Semenanjung Noto adalah kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu yang disifatkan terburuk sejak 2011.

"Keputusan itu dibuat berdasarkan situasi di lapangan,” kata jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi tanpa memberikan butiran lanjut.

Penduduk memindahkan bekalan harian ke khemah di Hakui, wilayah Ishikawa, Jepun. Foto Xinhua

Iklan

Sementara itu, Perdana Menteri, Fumio Kishida memaklumkan, mereka ada menerima tawaran bantuan daripada negara di rantau berkenaan termasuk Taiwan dan China.

Angka korban gempa berkekuatan 7.5 skala Richter pada Isnin lalu telah meningkat kepada 92 orang, manakala kira-kira 242 dilaporkan masih hilang.

Iklan

Pada Khamis, dua wanita warga emas turut berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 72 jam di bawah runtuhan kediaman mereka di Wajima.

Operasi SAR dikatakan berdepan kesukaran kerana akses ke lokasi terputus akibat jalan rosak dan infrastruktur musnah teruk. - Agensi