AI kekal peneraju teknologi 2024
Iklan
Di Malaysia, AI boleh mengisi permintaan untuk kemahiran teknologi tinggi yang semakin meningkat dalam pelbagai sektor. Foto123RF
PERSAINGAN 2024 membuka tirai lima hari lalu. Tahun ini, artificial intelligence atau kecerdasan buatan (AI) dan ChatGPT pasti akan sekali lagi dinobat sebagai ciptaan paling berkuasa dalam dunia teknologi.
Penulis meramal AI akan mendominasi agenda konglomerat dan syarikat global. Malah, sebuah pasukan penyelidik podcast teknologi antarabangsa dan profesional teknologi maklumat (IT), CompTIA Volley merumuskan AI sebagai menjadi fokus utama perbincangan sepanjang 2023 dan tahun ini.