Pengguna setuju laksana segera Lemon Law
Iklan
Lemon Law perlu diperkenalkan untuk melindungi hak pengguna sepanjang tempoh jaminan selepas membuat pembelian kenderaan. Foto 123RF
SHAH ALAM - Malaysia perlu memperkenalkan Lemon Law dalam industri automotif untuk melindungi hak pengguna sepanjang tempoh jaminan selepas membuat pembelian kenderaan.
Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati orang ramai bersetuju sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan segera agar pengguna tidak menanggung sebarang kerugian akibat kerosakan yang dialami.