Amaran hujan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Ahad

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Ahad.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Ahad (7 Januari).

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama melibatkan Kuantan di Pahang serta Batu Pahat dan Pontian, masing-masing di Johor. - Bernama

Iklan
Iklan