Northport sekali lagi pecah rekod kendalian kargo konvensional
Iklan
Kakitangan Northport meraikan pencapaian pecah rekod untuk segmen perniagaan kargo konvensionalnya semasa acara sambutan Tahun Baharu 2024 di Dermaga Northport 8A pada 31 Disember lalu.
NORTHPORT (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC Corporation Berhad mencatatkan rekod baharu dalam segmen kargo konvensional apabila mengendalikan 11,405,312 ‘freight weight tonnes’ (FWT) pada 2023 mengatasi pencapaian tahun sebelumnya iaitu 11,115,670 FWT.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, pihaknya mengumumkan pencapaian pecah rekod itu ketika sambutan Tahun Baru 2024 di Dermaga 8A pada 31 Disember lalu.
Iklan
Iklan
"Dengan berakhirnya 2023, segmen kargo konvensional menutup tirai tahun ini dengan kejayaan yang cukup membanggakan setelah mengatasi rekod tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus.
"Prestasi pecah rekod ini disumbangkan oleh peningkatan ketara dalam kendalian kargo pukal am yang mencatat pertumbuhan sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun sebelumnya berserta peningkatan bagi segmen kargo pukal kering dan pukal.
Iklan
"Dalam segmen Roll-on Roll-off (RoRo), syarikat juga menyaksikan peningkatan ketara pengendalian kenderaan elektrik (EV) pada 2023 berikutan polisi kerajaan mempromosikan EV," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Azman Shah turut memaklumkan, kejayaan Northport pada tahun lalu hadir dengan penuh cabaran disebabkan dunia mengalami pemulihan ekonomi yang perlahan dari negara dagang utama dan ketidakpastian perdagangan global, terutamanya ketika separuh tahun pertama 2023.
Iklan
Tambah beliau, bagi operasi kargo konvensional pula, syarikat menghadapi cabaran tambahan mengendalikannya semasa musim hujan terutama pada suku terakhir tahun lalu.
"Kebiasaannya, operasi kargo konvensional akan dihentikan semasa hujan, disebabkan cabaran ini, prestasi pecah rekod pada 2023 merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
"Northport juga mencatatkan kendalian bulanan bagi kargo konvensional tertinggi pada Oktober lalu iaitu 1,129,145 FWT, mengatasi rekod terbaik sebelum ini iaitu 1,078,538 FWT pada Mei 2022.
"Kita mengalami kekangan dari segi keluasan tanah, namun telah mengatasinya melalui produktiviti yang tinggi dan penambahbaikan proses,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan Northport di atas segala dedikasi, komitmen dan usaha gigih yang telah menjadi daya pendorong kepada kejayaan tersebut.
"Kami juga ingin memberikan penghargaan kepada semua pelanggan, kontraktor dan pemegang taruh di atas sokongan mereka yang telah menjadikan 2023, sebagai satu lagi tahun cemerlang buat Northport.
"Pencapaian pecah rekod berturut-turut ini akan terus memberi inspirasi dan mendorong kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar buat kami," jelas Azman Shah lagi.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.