Karnival Sukan ABRA 2023 tarik 800 penyertaan

Iklan
Najwan (belakang, tiga dari kanan) bersama pemenang acara bola sepak sempena Karnival Sukan ABRA.

SHAH ALAM - Karnival Sukan Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman (ABRA) menarik penyertaan 800 penduduk yang dipecahkan kepada empat kumpulan menyertai enam acara sukan dipertandingkan.

Timbalan Pengerusi ABRA, Suzool Hilmi Suradi berkata, sukan dipertandingkan ialah badminton beregu lelaki dan wanita, trail-run, boling, bola jaring, bola sepak dan sukaneka.

Iklan
Iklan
Sebahagian peserta Karnival Sukan ABRA bergambar kenangan.

Menurutnya, program ini mendapat dana daripada Kementerian Belia dan Sukan di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi tujuan aktiviti dalam komuniti.

"Objektif program ini bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk di samping bersaing secara kompetitif antara presint.

Iklan

"Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mengikat tali persaudaraan yang lebih baik di kalangan jiran tetangga," katanya kepada Sinar Harian.

Peserta acara boling.

Kumpulan peserta terdiri kepada presint Tilia & Embun (TiEm), presint Senja & Raya (Seraya), presint Bayu, Anggun & Impiana (BAI) dan presint Budiman & Suria (BuSu).

Iklan

Karnival berlangsung selama dua minggu itu dimenangi oleh TiEm yang mengumpul markah tertinggi bagi keseluruhan acara.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Sukan, Budaya dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi.

Penduduk Taman Alam Budiman yang menyertai Karnival Sukan ABRA.