Rooney tiada magis

Iklan
ROONEY

PENGENDALI Crystal Palace, Roy Hodgson percaya bekas pemain terkemuka seperti Wayne Rooney sering diletakkan jangkaan tidak realistik apabila mereka dilantik menjadi pengurus.

Bekas kapten England, Rooney, yang pernah bermain di bawah Hodgson di pasukan kebangsaan telah dipecat sebagai pengendali Birmingham City selepas hanya 83 hari mengendalikan kelab tersebut.

Iklan
Iklan

Bekas penyerang Manchester United itu berkata, dia tidak percaya hanya diberikan 13 minggu untuk mengemudi kelab itu membuat perubahan yang diperlukan.

Birmingham berada di tempat keenam dalam Liga Kejuaraan apabila Rooney menggantikan John Eustace sebagai pengendali.

Iklan

Sejak itu Birmingham telah jatuh ke tangga ke-20, kekalahan 0-3 di Leeds merupakan kekalahan kesembilan dalam tempoh 15 perlawanannya.

Ramai pemain terkemuka telah bergelut sebagai pengurus, dengan bekas rakan sepasukan Rooney di England, Frank Lampard dan Steven Gerrard tidak menikmati apa-apa kejayaan semegah yang dicapai ketika menjadi pemain.

Iklan

"Mungkin lebih kepada persekitaran jawatan sebagai pengendali ketika ini.

"Saya fikir kadangkala pemain yang dahulunya mempunyai nama tidak akan diberi peluang di kelab teratas atau kelab dalam kedudukan tinggi.

"Saya lihat seperti Frank Lampard dan Steven Gerrard lebih hebat dari Rooney, tetapi malangnya keadaan persekitaran hari ini ialah penghakiman terhadap mereka akan datang dengan sangat cepat dan akan menjadi agak teruk,” katanya.