Ketua Pembangkang Korea Selatan diserang ketika lawatan ke Busan

Iklan
Lee Jae Myung diserang di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sesi soal jawab selepas meninjau tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Gadeok, Busan. Foto AFP

SEOUL/BUSAN - Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae Myung diserang semasa mengadakan lawatan ke bandar pelabuhan Busan pada Selasa, lapor agensi berita Yonhap.

Jae Myung, pengerusi Parti Demokratik diserang di bahagian kiri leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sesi soal jawab selepas meninjau tapak pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Gadeok di Busan.

Iklan
Iklan

Jae Myung dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Pusan kira-kira 20 minit selepas serangan.

Suspek berpura-pura sebagai penyokong Jae Myung untuk mendekati ahli politik itu sambil meminta tandatangan sebelum menyerang menggunakan senjata tajam sepanjang kira-kira 20-30 sentimeter, menurut saksi.

Iklan

Dia ditahan di tempat kejadian.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemimpin pembangkang itu dan mengarahkan polis dan pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan siasatan segera, menurut jurucakapnya Kim Soo Kyung. - Bernama-Yonhap

Iklan