Impak terhadap kerajaan tidak terlalu ketara
Iklan
Kerajaan Perpaduan mengambil tindakan berani yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan lain sebelum ini apabila dijangka melaksanakan subsidi bersasar tidak lama lagi.
SHAH ALAM - Impak terhadap kerajaan dijangka tidak begitu ketara walaupun mengambil tindakan yang tidak popular dengan melaksanakan subsidi bersasar bermula pada tahun ini.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir bagaimanapun menegaskan, penting untuk kerajaan memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa tindakan sedemikian diambil kerana jika tidak, imej dan populariti kerajaan akan terjejas.