Malaysia tak mampu tolak Rohingya setegas Indonesia
Iklan
Sehingga November 2023, pelarian Rohingya di Malaysia telah berlipat ganda menjadi 107,520 orang.
SHAH ALAM - Mustahil untuk Malaysia mengambil langkah proaktif dan tegas dalam menolak pelarian Rohingya secara lantang, keras dan terbuka seperti yang berlaku di Indonesia kerana kaum minoriti itu sudah mempunyai satu rangkaian kuat di negara ini.
Peguam, Norman Fernandez berkata, daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga ke peringkat kementerian, terlalu ramai pihak melindungi kepentingan orang Rohingya di Malaysia sehingga tidak ada yang berani menolak golongan pelarian itu secara besar-besaran.