Impian emas Olimpik masih membara

Iklan
Hannah - FOTO: SINAR HARIAN

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menaruh harapan agar Malaysia memperoleh pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 206 hari lagi.

"Semoga 2024 menjadi tahun Malaysia mendapat pingat emas Olimpik yang pertama,” katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan
Iklan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat menjadi prospek terbaik untuk menghadiahkan kilauan emas negara pada temasya terbesar dunia itu.

Difahamkan pelumba yang terkenal dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu kembali menjalani latihan di Melbourne sebagai persiapan untuk berdepan kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik.

Iklan

Di sebalik misi memburu emas Olimpik, Hannah turut berharap rakyat Malaysia menjadikan tahun 2024 sebagai perubahan kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Malah beliau menyarankan agar mereka memilih satu jenis sukan yang diminati untuk dijadikan sebagai sebahagian rutin kehidupan.

Iklan

"Pilih satu sukan kegemaran dan cari satu tabiat buruk untuk disingkirkan.

"Kalau tak dapat buat semua ini, cuba usahakan pengurangan gula dalam makanan dan minuman. Semoga berjaya!” katanya.