Agihan subsidi lebih adil
Iklan
Rafizi berucap pada sesi sidang akhbar mengenai PADU di Menara Prisma Putrajaya pada Jumaat lalu.
SHAH ALAM - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan hari ini mampu menjadi game changer atau pemacu perubahan paling signifikan bagi Kerajaan Perpaduan dalam menyelaraskan bantuan dan subsidi bersasar secara lebih adil kepada rakyat.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pelaksanaan PADU boleh mengelakkan rakyat daripada tercicir menerima bantuan manakala subsidi bersasar bakal mengurangkan beban kewangan kerajaan.