Wai Ching mulakan lembaran 2024 penuh bergaya, pecah rekod di China
Iklan
JAGUH pelari menara negara, Soh Wai Ching memulakan lembaran 2024 dengan penuh bergaya apabila berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China, pada Isnin.
Wai Ching menamatkan larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat.