6 maut, 9 cedera kebakaran kilang sarung tangan di India
Iklan
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kebakaran sebuah kilang sarung tangan di negeri Maharashtra di barat daya India pada Sabtu malam, kata polis tempatan kepada Agensi Berita Xinhua.
Kebakaran berlaku di dalam unit pembuatan sarung tangan di daerah Chhatrapati Sambhajinagar di negeri itu, ketika mangsa sedang tidur.