Cahaya mata sulung lonjak semangat Rafiq
Iklan
Cahaya mata sulung mencetuskan inspirasi buat Rafiq untuk memberikan yang terbaik buat negara. Foto: Instagram Rafiq Ismail.
KELAHIRAN cahaya mata sulung baru-baru ini melonjak motivasi jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail untuk melakar lebih banyak kejayaan membanggakan pada masa depan.
Bukan sahaja mahu memburu lebih banyak gelaran, juara dunia 2018 itu berkata, kehadiran anaknya Muhammad Yusuf pada 20 Disember lalu membuatkan beliau tekad mengekalkan dominasi dalam kalangan pemain boling lelaki peringkat Asia.
Iklan
Iklan
"Memang berbeza hidup tanpa anak dan ada anak, cuma walau macam mana pun saya akan cuba menyesuaikan dengan situasi sekarang.
"Saya tidak mahu ambil ini (kelahiran anak) sebagai perkara yang membebankan, malah ia memotivasikan diri untuk menang dengan lebih banyak lagi kerana saya percaya rezeki anak ada di mana-mana," katanya kepada Bernama.
Iklan
Berdasarkan ranking Persekutuan Boling Asia, Muhammad Rafiq kini memegang status sebagai pemain nombor satu di Asia buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2021 dengan mengumpul 442 mata.
Dalam pada itu, pemenang emas Sukan Asia 2018 itu berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya pada 2023 termasuk menggondol empat emas pada Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-26 di Hong Kong, awal tahun ini.
Iklan
"Bagaimanapun, saya sedikit terkilan tidak ada rezeki bawa pulang pingat pada Kejohanan Dunia 2023 di Kuwait, Oktober lepas," katanya.
Muhammad Rafiq yang sedang bercuti dijangka kembali beraksi pada Mac depan.
Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok sebelum ini memaklumkan mereka telah menyenaraikan 12 kejohanan antarabangsa untuk disertai pemain boling negara sepanjang 2024. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>