KKM gerak pasukan urus emosi, mental mangsa banjir
Iklan
Dr Dzulkefly (tengah) mendengar luahan Minah Omar, 85, (kiri) berkaitan rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Jeli Bawah, Pekan Jeli Lama, Jeli.
JELI - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggerakkan 102 pasukan Inisiatif Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MPHSS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan dari segi emosi serta mental akibat Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan-pasukan MHPSS ditempatkan di tujuh negeri terlibat banjir iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan.
Iklan
Iklan
Katanya, Rantau Panjang, Pasir Mas antara lokasi yang diberi tumpuan utama bagi usaha menjalankan MHPSS kerana tahap paling terjejas banjir kali ini.
"KKM bukan sahaja menumpukan saringan kesihatan biasa kepada mangsa banjir tetapi juga menjalankan pengesanan tahap emosi serta mental mereka.
Iklan
Menurut beliau, selain mangsa banjir, petugas-petugas KKM juga diberikan perkhidmatan sokongan sama dan setakat ini sebanyak 123 pertolongan cemas psikologi (PFA) dijalankan kepada mereka.
Katanya, selain pasukan MHPSS, sebanyak 297 pasukan perubatan di bawah KKM bertugas dalam banjir, pasukan kesihatan (286) dan pasukan promosi kesihatan (286).
Iklan
"KKM menyediakan kaunter saringan kesihatan di semua PPS bagi menyaring gejala penyakit berjangkit seperti demam, batuk, selesema, cirit-birit, muntah, dan sakit perut.
"Mangsa bergejala akan dirawat dan diasingkan daripada mangsa lain di bilik isolasi PPS manakala mereka yang bergejala teruk akan dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujar beliau.
Selain itu, kata Dr Dzulkefly, aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit sentiasa dilakukan oleh pasukan kesihatan itu di PPS.
"Tindakan dibuat seperti pemeriksaan tempat penyediaan makanan, pemantauan kualiti bekalan air dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk bagi mencegah penularan penyakit berjangkit,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>