Pengguna dadah perlu dirawat, bukan dipenjara - MAC
Iklan
Naib Presiden Majlis Aids Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam melakukan saringan penyakit HIV, Hepatitis C dan Sifilis ke atas seorang penagih dadah
KUANTAN - Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyarankan kerajaan untuk memansuhkan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tujuan menghentikan kekejaman terhadap pengguna dadah.
Exconya, Dr Nur Afiqah Mohd Salleh berkata, saranan tersebut dibuat bukan untuk menjadikan kesalahan tersebut dibenarkan dalam undang-undang negara, sebaliknya melaksanakan pendekatan lain yang lebih berkesan.