Ramai pengguna dadah hidap Hepatitis C
Iklan
Petugas Komited Malaysia melakukan saringan penyakit HIV, Hepatitis C dan Sifilis ke atas seorang penagih dadah.
KUANTAN - Pelaksanaan Program Pertukaran Jarum Suntikan atau Picagari Terpakai (NSEP) berjaya merungkai punca peningkatan pesakit Hepatitis C dalam kalangan pengguna dadah walaupun mereka tidak berkongsi jarum suntikan.
Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam berkata, berdasarkan pemerhatian, ia berpunca daripada aktiviti perkongsian bekas cecair dadah ketika pengambilan bahan terlarang itu secara beramai-ramai.