Serangan tembakan Siam Paragon: Belum boleh bicara suspek

Iklan
Suspek remaja itu ditahan selepas melepaskan tembakan rambang di pusat beli-belah, Siam Paragon pada 3 Oktober lalu. - Foto: Agensi

BANGKOK - Pihak berkuasa tidak boleh meneruskan tindakan undang-undang ke atas suspek serangan tembakan pusat beli-belah, Siam Paragon sehingga dia dirawat kerana masalah mental dialaminya.

Kenyataan tersebut dibuat Pejabat Peguam Negara (OAG) pada Jumaat selepas pihaknya menilai remaja berusia 14 tahun itu tidak boleh dibicarakan buat masa ini.

Iklan
Iklan

"Pendakwa raya awam menolak laporan kes dikemukakan polis kerana penilaian psikiatri di Institut Galya Rajanagarindra belum selesai,” kata jurucakapnya, Prayuth Phetkhun.

Pasukan perubatan yang merawat suspek dijadualkan bertemu semula pada bulan depan untuk penilaian baharu kesihatan mental dan laporan perkembangan rawatan perlu diberikan bagi tempoh setiap 180 hari.

Iklan
Iklan

Ketika insiden menggemparkan pada Oktober lalu, sekurang-kurangnya tiga maut, manakala empat cedera selepas remaja berkenaan melancarkan serangan tembakan di gedung mewah tersebut. - Agensi