JKR akan bina jalan sementara di Kampung Seberang Janggut

Iklan
Alexander Nanta Linggi

KOTA BHARU - Kementerian Kerja Raya dan agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil tindakan susulan segera berikutan kejadian jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut dekat sini pada Jumaat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau telah dimaklumkan oleh JKR Jajahan Jeli bahawa jalan yang terlibat adalah jalan kampung di bawah pejabat daerah.

Iklan
Iklan

"Pasukan JKR Jajahan Jeli bersama pegawai daerah juga telah turun ke kawasan terlibat bagi melihat situasi semasa dan perancangan menyediakan jalan sementara sedang dilaksanakan.

Laporan Sinar Harian

Pasukan JKR Jajahan Jeli juga sedang membantu menyediakan anggaran kos bagi pembinaan jalan sementara di sebelah jalan yang runtuh tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Nanta berkata, berkata beliau difahamkan peruntukan pembaikan dan pembinaan jalan sementara itu akan dipohon oleh pegawai daerah kepada Pejabat Pembangunan Negeri.

Pihak kementerian dan JKR akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan bagi membantu menguruskan bencana ini,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, sejumlah 200 mangsa daripada 40 keluarga terputus hubungan akibat kejadian itu.

"Tadi pihak anggota BBP bersama pegawai daerah dan JKR telah melawat lokasi kejadian. Bekalan makanan telah dihantar kepada ketua isi rumah yang terkandas.

"Ketika ini hanya ada satu laluan alternatif namun hanya boleh dilalui secara berjalan kaki,” katanya.