6 maut, 26 cedera serangan bersenjata di utara Mexico

Iklan
Gambar hiasan

BOGOTA - Seramai enam orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata di bandar utara Sonora, Mexico.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pendakwa raya Sonora, Gustavo Salas Sanchez berkata, sebelum ini waran tangkap dikeluarkan terhadap lima daripada enam mangsa yang terbunuh.

Siasatan telah dilancarkan dan kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan antara kumpulan samseng. - Bernama-Anadolu

Iklan

Iklan