Lebih banyak ilham, bukan khayalan

Iklan
Ilham dan inspirasi boleh terhasil daripada pelbagai sumber, antaranya produksi filem hebat seperti Malbatt: Misi Bakara.

SEBELUM 2023 melabuhkan tirai, saya berkesempatan menonton filem Malbatt: Misi Bakara di saluran Netflix.Mengambil ilham dan inspirasi daripada kisah benar yang berlaku pada 1993 di Somalia, ia menggambarkan keberanian serta semangat kepahlawanan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam misi menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) yang dikepung dan diserang bertubi-tubi di Bakara Market.

Filem tersebut diarahkan oleh Adrian Teh yang berasal dari Pulau Pinang. Beliau juga merupakan pengarah filem Paskal The Movie.

Filem Malbatt: Misi Bakara mengisahkan operasi ke-tenteraan oleh AS di Bakara Market diberi tentangan oleh militan Somalia yang diketuai Mohammed Farah Aidid.

Dalam pertempuran itu, helikopter AS jenis Black Hawk telah ditembak jatuh.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.