Perkongsian bukan bumiputera dalam BEC tak wajar jadi isu besar

Iklan
Keratan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Perkongsian daripada golongan bukan bumiputera dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (BEC) tidak wajar dijadikan isu besar asalkan ia berlandaskan ilmu, kepakaran dan pengalaman yang membawa kemajuan kepada masyarakat.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, perkara itu boleh dicapai selagi tokoh yang hadir tampil membincangkan idea kontemporari dan memastikan keterlibatan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor penting terus disokong serta dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Sebagaimana konteks Li Ta’arafu dalam surah al-Hujurat ayat ke-13 yang menekankan kita supaya saling mengenal, memahami dan berinteraksi meskipun berbeza dari segi latar belakang atau warna kulit.

"Tiada salahnya belajar daripada kaum lain yang mempunyai kepakaran demi kemajuan masyarakat bumiputera.

Iklan

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming yang mencadangkan agar individu dijemput untuk berucap dalam kongres berkenaan pada Januari depan tidak terhad kepada masyarakat bumiputera sahaja.

Menurut Kian Ming, ia berikutan ramai usahawan dalam kalangan bukan bumiputera yang ingin menyumbangkan pandangan dan pengalaman menerusi perbincangan tersebut.

Iklan

Justeru, Zairudin berkata, golongan bumiputera perlu bersikap terbuka dalam menerima segala pandangan daripada bangsa lain dan tidak terhad kepada satu kelompok semata-mata.

Katanya, ia kerana terdapat banyak perkongsian sejarah dan ketamadunan Islam menerusi seminar-seminar yang turut mengundang tokoh akademik bukan Muslim sebagai panelis.

"Hal ini boleh dilihat dari segi sejarah apabila ulama dari tamadun Islam tetap berinteraksi dan belajar dari tamadun lain seperti tamadun China serta Hindu.

"Tidak menjadi masalah asalkan mereka bercakap berlandaskan ilmu pengetahuan selagi mana bersesuaian dengan kepakaran dan objektif program,” ujarnya.