Undang-undang syariah tak perlu pakar bukan Islam
Iklan
Wan Salim
SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa, pakar bukan Islam tidak perlu dilantik bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Beliau berkata, tiada keperluan meletakkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa itu kerana dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini terdapat ramai golongan pakar dalam undang-undang Islam.
Iklan
Iklan
"Selain itu, setiap individu yang terlibat dalam proses penggubalan undang-undang Islam perlu mempunyai latar belakang akademik yang khusus dalam ilmu-ilmu berkaitan hukum syarak termasuk ilmu fiqh, usul Fiqh, ulum tafsir, hadis dan mustalah hadis di samping penguasaan ilmu-ilmu seperti nahu, saraf dan balaghah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, orang bukan Islam terutama ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mungkin dapat memberi pandangan tentang kes-kes membabitkan penganut agama selain Islam seperti kes murtad, penjagaan anak daripada pasangan berbeza agama yang bercerai dan sebagainya.
Iklan
"Tetapi ini bukan dalam penggubalan undang-undang Islam dan biarlah umat Islam sendiri menangani urusan-urusan berkaitan dengan peraturan agama mereka.
"Manakala orang bukan Islam pula memberi tumpuan kepada hal-hal bersangkutan masyarakat masing-masing,” jelas beliau.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>