Keputusan serampang dua mata
Iklan
Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim.
PERDANA Menteri memiliki prerogatif mutlak untuk merombak Kabinet, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan bertindak selepas mengamati neraca dua pertimbangan ini: pemasaan (timing) dan keperluan politik.
Menurut tinjauan Merdeka Center, sokongan terhadap Anwar jatuh di paras 50 peratus dalam masa setahun, berbanding 65 peratus sewaktu dilantik menjadi Perdana Menteri tahun lepas.