Tun Daim nafi dakwaan enggan dedah butiran kewangan

Iklan
Tun Daim Zainuddin

KUALA LUMPUR -"Semua yang diminta secara bertulis oleh SPRM sudah didedahkan dan mengikut undang-undang," kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Menurutnya, sebagai bekas anggota kanan kerajaan dan menghormati proses siasatan, beliau berdiam diri sehingga kini.

Iklan
Iklan

"Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya sejak awal dan kerap berkomunikasi dengan SPRM melalui peguam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Daim walau bagaimanapun menafikan dakwaan enggan mendedahkan butiran kewangan yang dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan

Beliau dalam pada itu turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan SPRM tidak menunjukkan rasa hormat yang sama terhadap proses itu dengan berterusan mengeluarkan komen dan kenyataan tidak wajar.

Sebelum ini, media mendedahkan SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik Daim bagi menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan terbabit.

Iklan

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.

Daim berkata, Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan proses serta bertindak sewajarnya.

Menurutnya, beliau bimbang tentang keadilan dan integriti institusi yang mesti dilindungi semua kepentingan negara.

"Ia adalah demi kepentingan awam tertinggi bahawa proses penyiasatan dan pendakwaan tidak dicemari dan ‘ditumbangkan’ oleh berat sebelah, ketidakadilan atau motif politik," ujarnya.