Nik Nazmi hantar surat tuntutan kepada Che'gu Bard

Iklan
Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad telah menyerahkan surat tuntutan kepada Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin, pada Khamis.

Dalam surat berkenaan, Nik Nazmi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion yang didedahkan oleh Badrul Hisham atau dikenali sebagai Che'gu Bard.

Iklan
Iklan

"Berat tuduhan palsu ini dan memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, kementerian dan Kerajaan Persekutuan."Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini.

Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR itu juga turut mengalu-alukan siasatan oleh pihak polis untuk bertindak ke atas dakwaan yang dibuat oleh Badrul Hisham.

Iklan

Pada 20 Disember lalu, Badrul Hisham menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

Menurutnya, difahamkan syarikat guaman di Klang dan Batang Kali, Selangor juga terlibat dalam perjanjian projek tebatan banjir ini. - Awani

Iklan