Impak gandingan Mat Sabu, Mujahid
Iklan
Lima pemimpin tertinggi Amanah dari kiri: Siti Mariah, Mujahid, Mohamad, Dr Dzulkefly dan Adly bergambar sebaik selesai pengumuman pimpinan baharu parti itu bagi sesi 2023-2026.
PENGEKALAN Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Presiden dan pemilihan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof selaku ‘orang nombor dua’ menunjukkan permuafakatan dan perpaduan utuh dalam kalangan kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah).
Pemilihan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sebagai Presiden manakala Mujahid selaku pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub juga menunjukkan Amanah kini di landasan tepat, bersedia melakukan pembaharuan serta transisi kepimpinan demi memenuhi aspirasi penyokong dan pengundi di peringkat akar umbi.