Curi buah kelapa sawit guna Myvi

Iklan
Tangkap layar video tular kejadian kecurian buah kelapa sawit menggunakan Myvi dipercayai berlaku di Linau Batu Pahat.

BATU PAHAT - Tindakan dua lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan Myvi dipercayai di Linau tidak kesampaikan apabila dihalang oleh seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu.

Malah lelaki tersebut turut merakam kejadian kecurian itu, sehingga menyebabkan si pencuri menurunkan semula buah kelapa sawit daripada kenderaan berkenaan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan video yang tular itu, salah seorang pencuri dilihat sempat memohon maaf selepas dikatakan saksi mahu meloporkan kejadian curi itu kepada polis.

Video berdurasi 26 saat itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang melihat pencuri buah kelapa sawit kini semakin berani menggunakan kenderaan biasa bagi mengangkut hasil curi untuk dijual.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu berkaitan kes kecurian itu.

Namun jelasnya, polis sentiasa berusaha untuk mengesan dan menahan suspek daripada terus melakukan jenayah curi yang merugikan pekebun-pekebun kelapa sawit di daerah ini.

Iklan