Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting - Mapim

Iklan
Mapim menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun UNSC telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza. - Foto AFP

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini merupakan resolusi yang tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

Iklan
Iklan

Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.

Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman. - Bernama

Iklan