Dua lelaki ditahan, 32,000 biji pil yaba dirampas
Iklan
Penahanan dua lelaki berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor dekat Kota Bharu pada Ahad membawa kepada rampasan 32,000 biji pil yaba.
KOTA BHARU- Penahanan dua lelaki berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor dekat sini pada Ahad membawa kepada rampasan 32,000 biji pil yaba.
Rampasan dadah bernilai RM197,230 dilakukan menerusi serbuan pada jam 5 petang.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kedua-dua suspek berusia 36 dan 29 tahun ditahan semasa keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Pemeriksaan yang dilalukan di dalam Myvi itu telah menjumpai 2,000 pil yaba dalam bungkusan plastik.
Iklan
"Selepas itu, pihak polis telah dibawa ke sebuah rumah di Kampung Padang Embun, Pasir Mas untuk pemeriksaan sambil dipandu arah oleh salah seorang suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Ujarnya, sebanyak 30,000 biji pil yaba telah ditemukan dalam pemeriksaan tersebut.
Iklan
Mohd Ali memberitahu, salah seorang suspek itu mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait dadah.
"Kedua-dua suspek direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kereta yang digunakan suspek telah disita untuk siasatan lanjut," katanya.
Menurut beliau, saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek adalah negatif dadah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder"><meta itemprop="description" content="Lelaki pandu kereta bertulisan 'Bomba' menghidap bipolar disorder
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesmenyamarpenjawatawam #PDRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-29T06:50:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrxgfm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrxgfm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrxgfm"></script>