Seorang maut, empat cedera insiden tembakan di Houston
Iklan
HOUSTON - Seorang maut manakala empat lagi cedera ditembak selepas berlaku pertengkaran di luar sebuah kelab di Houston pada Ahad, kata pihak berkuasa, lapor Xinhua.
"Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi waktu tempatan (0900 GMT), seorang lelaki cuba melarikan diri sebelum rebah akibat kecederaan dialami," kata Penolong Ketua Polis Houston Megan Howard pada sidang media.