13 maut dalam letupan kilang keluli di Indonesia

Iklan
Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel. - Gambar hiasan 123RF

JAKARTA - Seramai 13 pekerja maut manakala 38 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang keluli di Pulau Sulawesi, Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel.

Iklan
Iklan

Antara mangsa terbunuh termasuk lima pekerja asing dari China, kata ketua polis.

Jurucakap perindustrian memaklumkan bahawa letupan berlaku ketika kerja-kerja membaiki dan memasang plat pada relau dilakukan.

Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, cecair di bahagian bawah relau menyebabkan letupan dan ia berlaku semasa proses pembaikan," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan