43 individu ditahan di pusat pelacuran

Iklan
Sebahagian individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis dipercayai pusat pelacuran di Jalan CM Yusof di Ipoh pada awal pagi Ahad. - Foto Facebook JAIPK

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menahan 43 individu dalam satu serbuan di sebuah premis dipercayai pusat pelacuran di Jalan CM Yusof di sini pada awal pagi Ahad.

Serbuan tersebut dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan JAIPk seramai 30 orang.

Iklan
Iklan

Operasi selama empat setengah jam bermula 8.30 malam itu turut dibantu sepasukan anggota daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Menerusi hantaran dikongsikan melalui Facebook Bahagian Penguatkuasaan JAIPk, kesemua individu tersebut terdiri daripada lelaki dan wanita.

Iklan

"Bahagian Penguatkuasaan, JAIPk telah menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan pusat pelacuran di Jalan CM Yusuf, Ipoh malam tadi.

"Dalam serbuan yang bermula 8.30 malam dan berakhir 1 pagi itu, seramai 43 orang lelaki dan perempuan telah ditahan dan dibawa balik ke pejabat untuk tujuan dokumentasi dan ujian saringan air kencing oleh AADK," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abd Halim dalam satu kenyataan ringkas kepada Sinar Harian memaklumkan tiada tangkapan melibatkan kes syariah bagi operasi berkenaan.