Kebaikan putaran ganas politik
Iklan
Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, Kuala Lumpur yang dikatakan milik keluarga Tun Daim Zainuddin (kiri) telah disita SPRM.
TINDAKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainuddin menunjukkan ‘ketidakstabilan’ politik negara turut mempunyai impak positif kepada negara.
Sejak perubahan politik 2018, 2020, 2021 dan 2022, seorang bekas Perdana Menteri telah dipenjara, seorang lagi sedang berdepan perbicaraan dan kini ‘supremo politik’ serta bekas Menteri Kewangan, Daim pula dalam siasatan.