Jangan senasib Hamim, Berjasa
Iklan
Implikasi keputusan pemilihan Amanah menerusi Konvensyen Nasional pada 23 dan 24 Disember ini bakal menjadi penentu siapa bakal mengisi kekosongan kuota jawatan menteri bagi parti itu kelak.
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) bakal berdepan nasib seperti Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) yang dilihat umpama 'hidup segan mati tak mahu' sekiranya mereka masih tidak mengubah agenda, pendekatan dan hala tuju perjuangan parti.
Parti Hamim dan Berjasa merupakan antara parti-parti berteraskan Islam serpihan Pas di negara ini yang pernah memberi impak kepada landskap politik negara di awal penubuhan kerajaan Malaysia sehingga tahun 1990-an.