Interpretasi undang-undang berbeza, pesalah masih boleh didakwa
Iklan
Perbuatan memikat atau menggoda isteri orang mungkin tidak menjadi jenayah dari sudut sivil namun tetap salah dari sudut perundangan syariah. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Undang-undang syariah melibatkan kesalahan menggoda isteri orang mengikut Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001 mempunyai interpretasi berbeza berbanding Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang menjelaskan, walaupun kedua-dua peruntukan tersebut dilihat sama, namun ia tetap berbeza dari segi ramuan kesalahan (ingredients of the offence) dan beban pembuktian (burden of prove).